Tuesday, 28 August 2012

Ish5… siapalah agaknya pemilik periuk nasi di atas teruk sekali penjagaannya. Sampai naik kulat dan yang paling teruk sampai ada ulat yang keluar dari periuk nasi tu…. Entah siapalah agaknya pemilik periuk nasi di atas memang tak tahu nak jaga kebersihan langsung ish5… tidak tahukah dia si pemilik periuk nasi diatas bahawa bermacam-macam penyakit dan bermacam-macam wabak sekarang nie.. tahukah bahawa bakteria ada di mana-mana . jika dapat sakit puncanya dari siapa kalau tak punca dari diri sendiri kalau ddiri sendiri tidak tahu menjaga kebersihan alamat habis matilah penduduk di Malaysia nie..
“ jika di tegur dia ambil tidak peduli nanti sakit padam muka tanggung lah sendiri”
      Kisah periuk nasi siapakah ini yang teruk rupanya bermula daripada ada suatu hari tu ada seorang kakak senior yang baik hati menegur dan mengingatkan si adik-adik junior yang tiga orang tu untuk membersihkan periuk nasi mereka yang di mana mereka merupakan orang terakhir yang menggunakannya. Apabila kak senior itu menanyakan kepada si tiga orang budak junior tu siapakah yang mengunakan periuk nasi tersebut dan apakah isi didalamnya . maka dengan muka yang tidak puas hati serta memberontak salah seorang si budak junior  tu pon menjawab bahawa mereka yang menggunakan periuk nasi tersebut da nisi didalamnya adalah nasi impit yang dibawa pulang oleh mereka dari jamuan kelas pada ramadhan tahun ini. Nak di jadikan cerita si kakak yang baik hati itu terlebih dahulu meninggalkan pesan kepada mereka bertiga agar membersihkan periuk nasi tersebut sebelum pulang berhari raya dikampung. Tapi nak buat macam mana mereka buat kepala sendiri dengan berkeras untuk tidak mahu membersihkan periuk nasi tersebut akhirnya setelah habis cuti raya masing-masih pulang semula ke asrama untuk meneruskan pengajian. Alangkah terkejutnya apabila melihat periuk nasi itu sudah pon tumbuh kulat dan ulat penuh didalam nya dan bukan itu sahaja bahkan baunya juga agak teruk.. kemudian kak senior yang seorang lagi tidak tahan akan baunya terus mengambil periuk itu lalu direndam agar mudah nanti untuk dibersihkan. Last-last tiada seorang pon yang sanggup untuk membersihkan periuk nasi tersebut dan periuk nasi tersebut di biarkan di atas sink sehinggalah pemiliknya pulang dari cuti raya yang panjang…..
       Kesimpulanya di sini adalah kita hendaklah mendengar nasihat dari orang demi kebaikan diri kita. Juga kita janganlah keras kepala hingga menyusahkan orang lain. Yang paling utama adalah hormatilah sesama manusia atau hormatilah orang yang lebih lama. Juga kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Janganlah jadi macam seseorang tu harap muka je yang cantik tapi perangai alamak!!! Teruk sekali… jadikanlah cerita di atas sebagai satu pengajaran yang boleh mengajar kita erti sebenar kehidupan..

No comments:

Post a Comment