Ish5…
siapalah agaknya pemilik periuk nasi di atas teruk sekali penjagaannya. Sampai
naik kulat dan yang paling teruk sampai ada ulat yang keluar dari periuk nasi
tu…. Entah siapalah agaknya pemilik periuk nasi di atas memang tak tahu nak
jaga kebersihan langsung ish5… tidak tahukah dia si pemilik periuk nasi diatas
bahawa bermacam-macam penyakit dan bermacam-macam wabak sekarang nie.. tahukah
bahawa bakteria ada di mana-mana . jika dapat sakit puncanya dari siapa kalau tak
punca dari diri sendiri kalau ddiri sendiri tidak tahu menjaga kebersihan
alamat habis matilah penduduk di Malaysia nie..
“
jika di tegur dia ambil tidak peduli nanti sakit padam muka tanggung lah
sendiri”
Kisah periuk nasi siapakah ini yang teruk
rupanya bermula daripada ada suatu hari tu ada seorang kakak senior yang baik
hati menegur dan mengingatkan si adik-adik junior yang tiga orang tu untuk
membersihkan periuk nasi mereka yang di mana mereka merupakan orang terakhir
yang menggunakannya. Apabila kak senior itu menanyakan kepada si tiga orang
budak junior tu siapakah yang mengunakan periuk nasi tersebut dan apakah isi
didalamnya . maka dengan muka yang tidak puas hati serta memberontak salah
seorang si budak junior tu pon menjawab
bahawa mereka yang menggunakan periuk nasi tersebut da nisi didalamnya adalah
nasi impit yang dibawa pulang oleh mereka dari jamuan kelas pada ramadhan tahun
ini. Nak di jadikan cerita si kakak yang baik hati itu terlebih dahulu
meninggalkan pesan kepada mereka bertiga agar membersihkan periuk nasi tersebut
sebelum pulang berhari raya dikampung. Tapi nak buat macam mana mereka buat
kepala sendiri dengan berkeras untuk tidak mahu membersihkan periuk nasi
tersebut akhirnya setelah habis cuti raya masing-masih pulang semula ke asrama
untuk meneruskan pengajian. Alangkah terkejutnya apabila melihat periuk nasi
itu sudah pon tumbuh kulat dan ulat penuh didalam nya dan bukan itu sahaja
bahkan baunya juga agak teruk.. kemudian kak senior yang seorang lagi tidak
tahan akan baunya terus mengambil periuk itu lalu direndam agar mudah nanti
untuk dibersihkan. Last-last tiada seorang pon yang sanggup untuk membersihkan
periuk nasi tersebut dan periuk nasi tersebut di biarkan di atas sink
sehinggalah pemiliknya pulang dari cuti raya yang panjang…..
Kesimpulanya di sini adalah kita
hendaklah mendengar nasihat dari orang demi kebaikan diri kita. Juga kita
janganlah keras kepala hingga menyusahkan orang lain. Yang paling utama adalah
hormatilah sesama manusia atau hormatilah orang yang lebih lama. Juga kita
hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Janganlah jadi
macam seseorang tu harap muka je yang cantik tapi perangai alamak!!! Teruk
sekali… jadikanlah cerita di atas sebagai satu pengajaran yang boleh mengajar
kita erti sebenar kehidupan..

